Sunday, April 17, 2011

Punk . satu igauan ngeri bagi masyarakat dan satu impian indah kepada anak muda yang inginkan perubahan dan ingin lari dari dunia arus utama yang di cemari oleh berbagai kotoran yang menjijikkan.



Punk merupakan satu perubahan terhadap diri sendiri ke arah satu platform yang lebih baik dari lari dari sesuatu yang boleh membawa sesuatu yang boleh membawa seseorang itu terjerumus kelembah negetiviti. Kehidupan di sekekiling kita di penuhi dengan kotoran negativiti yang sentiasa mahu memerangkap kita supaya tergelincir dari pendirian kita ke dalam jerat yang tidak pernah menutup mulutnya. Kita memerlukan satu reformasi yang melibatkan diri dan masyarakat sekeliling terhadap dunia yang dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman mereka-mereka yang cuba mencorakkan kehidupan orang lain tanpa kerelaan.



Punk merupakan satu perjuangan hidup.Satu perjuangan untuk meneruskan kehidupan menentang arus yang terlalau menindasdan memeras ini. Walaubagaimanapun kejamnya dunia hari ini, kehidupan kita harus diteruskan bagi membolehkan kita berjuang menegakkan kembali hak kita yang telah di runtuhkan oleh kapitalis yang berupa syaitan bertopengkan anjing jalanan. Kita sudah tidak boleh berdiam diri dengan memekakkan telinga, membisukan mulut dan membutakan mata sahaja. Kita harus bertindak jika kita tidak mahu kehidupan kita di musnahkan oleh konkongan mereka yang gelojoh dan tamak.



Punk juga adalah satu penentangan. Menentang kezaliman yang berleluasa dan berlaku dimana-mana ceruk rantau di bumi ini. Menentang penindasan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa dan berkeupayaan terhadap golongan bawahan yang tidak berkemampuan. Menentang cara hidup yang lalai dan leka sepertimana yang di amalkan oleh lembaga yang bergelar manusia dalam arus utama yang ternyata hanyut di dalam mimpi sementara yang tidak akan membawa mereka kemana-mana. Menentang pertumpahan darah yang berlaku di sana-sini tanpa mengira tempat dan waktu, akibat peperangan yang sentiasa dahagakan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Menentang mereka yang menyalahgunakan kekuasaan bagi menghancurkan kehidupan rakyat biasa.



Punk boleh didefnisikan sebagai falsafah kehidupan.merangkumi sikap kita terhadap masyarakat, kerajaan dan dunia hari ini. Ketika kita didalam kehidupan dimana usaha-usaha mengurangkan penggantunagn terhadap kapitalis

di lakukan. Sifat berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain melainkan mereka-mereka yang memahami corak kehidupan dan perjuangan kita tanpa menaruh perasaan jahat dan khianat.



Punk ialah kecintaan. Sesuatu yang amat penting dalam diri seseorang itu.Cinta meliputi cinta kepada pencipta, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling. Sifat kecintaan ini perlu di semai kedalam diri agar perjuangan yang di tegakkan diselebungi dengan kasih sayang dan cinta antara satu sama lain. Dengan cinta, perpaduan antara kita dapat dipupuk untuk menguatkan lagi benteng perjuangan yang seumpama sebuah bangunan yang tegak dan sukar di untuk di runtuhkan. Kecintaan sesama insan yang akhirnya akan menghasilkan satu semangat setia kawan yang akan menggegarkan keegoan pemerintah serta sebagai senjata yang paling utuh bagi membela nasib mereka yang tidak terbela.



Punk juga adalah kebebasan yang di perlukan untuk meneruskan nafas di dalam dunia yang penuh dengan cengkaman dan kongkongan kuasa yang sering di lihat menzalimi kehidupan orang lain. Kita dapat lihat hari ini kerajaan kita kelihatan seperti manusia-manusia yang terlalu rakus untuk mengejar kuasa tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap rakyat biasa. Kebebasan memberi pendapat, bersuara, membantah, berkumpul, bertindak dan melihat di sekat dengan dinding-dindng konkrit yang tak mungkin boleh di tembusi. Bebas daripada pemikiran kolot yang di bina oleh pemerintah yang terjajah ini. Bebas daripada tekanan dan penindasan fikiran dan perbuatan dan yang paling penting , kita dapat membebaskan diri daripada kengkaman pemerintah yang penuh kezaliman.Punk itu keamanan. Aman daripada segala pergaduhan atau peperangan sesama sendiri, aman daripada segala kekecohan dan huru-hara.



Punk islah kesamarataan.kesamarataan dari segi taraf tanpa mengira warna kulit,bangsa ataupun jantina. Semua orang sama sahaja. Tiada yang hina dan tiada yang berdaulat. Tanpa kita sedari punk itu adalah seni.seni yang cuba lari daripada kesenian yang lain daripada arus utama yang sentiasa melekakan manusia terhahap kezaliman dan dan penindasan yang sememangnya sudah di ketahui sedang berleluasa di dunia yang serba canggih ini. Punk itu juga hormat menghormati , dimana menghormati satu sama lain akan melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama manusia, kasih sayang terhadap binatang , kasih sayang terhadap tumbuh-tumbuhan , kasih sayang terhadap bumi dan sebagainya. Perasaan kasih sayang yang lahir ini juga akan menjadi satu asas atau tunjang yang kukuh kepada perjuangan kita yang mana tidak mungkin akan dapat di runtuhkan oleh mereka yang zalim dan tidak berhati perut ini.



Walaupun bermacam-macam cara kita mendefinasikan “punk” tetapi “punk” tetap “punk”, satu perkataan yang kompleks yang mungkin tidak dapat di huraikan secara terperinci. Well that, that .down the system up the “punks”!!!!!

No comments:

Post a Comment