Monday, November 22, 2010

This is a stolen bike report..



PENCURI BASIKAL DAN HUKUM JALANAN

Ini adalah kisah kejadian curi basikal,jumaat 19 November 2010 basikal dicuri.Bukan sebuah tapi dua biji basikal “fixed gear konon konon” milik aku,dan JOKER.JOKER bekerja di Ampang Point,manakala basikal aku pula dipakai oleh seorang teman,yang juga bekerja di Ampang Point,basikal diparking,diikat bersama secara “kemas” di tiang lampu betul-betul di pintu masuk belakang Ampang Point.Selama berbulan bulan berkerja di situ, basikal dirasakan “selamat” diparkir di lokasi tersebut.Depan pondok polis,depan kawasan peniaga kecil kecilan kuih muih,depan Dominos Pizza dan San Francisco Coffee,kelihatan selamat dengan kawasan yang agak mengundang padah untuk melakukan aktiviti kriminal.

Hujan lebat dari jam 3 petang hari tersebut,membawa hingga ke tengah malam.Basikal di dapati dicuri jam 6 petang selepas JOKER pulang bekerja,dek kerana sayangkan basikal,Joker terus menangis berlagu,-kugiran hardcore Champion.Manakala aku,setelah mendengar berita,terus demam panas diiringi hingus meleleh-leleh (Ini kisah benar).Aku tak tau kerana basikal,atau kerana hujan aku demam,yang pasti aku demam setelah sekian lama tak demam.

DUKUN, C-BIS,JALIL & AZAM

JOKER dengan usaha beliau bersama Dukun (nama dirahsiakan),meramalkan pencuri akan memulangkan basikal dalam masa tiga hari dari hari kejadian (jumaat).Dukun juga meramalkan pencuri merupakan orang ampang,mengenali aku dan Joker,bermuka lebam (?),dan tinggi paras bahu Aku.Dia juga merupakan remaja bermasaalah yang tinggal berasingan dengan family. ß-(Cerita dukun ini juga bukan rekaan).

Pada keesokan hari,sabtu 20NOV,aku sedang merenung masa depan basikal di kedai mamak sebelah studio aku.Tiba tiba didatangi seorang rakansikal,yang bisu,dikenali sebagai C-BIS.Beliau datang bersama rakan,yang juga bisu, tidak aku kenali.Kedua duanya menaiki basikal.Rakan CBIS memperkenalkan diri sebagai JALIL.

C-BIS dengan signage bisunya memberitahu aku,bahawa basikal Joker telah dijumpai,dinaiki oleh JALIL (basikal Joker ada di depan aku,versi ais krim keladi,tiada lagi merah garang dan sticker2 hardcore).Aku pelik,macamana basikal JOKER dinaiki JALIL yang datang secara friendly dan innocent.Rupanya,JALIL mendapat basikal itu dari rakannya,yang bernama AZAM.Kemudian JALIL memberitahu dia tidak mengetahui bahawa basikal itu adalah basikal curi kepunyaan JOKER,dia hanya meminjamnya dari AZAM.Aku belanja JALIL minum tanda terima kasih,kemudian menghantarnya pulang ke rumah.

Malam itu juga aku mencari AZAM bersama JOKER dan beberapa rakan2 aku yang lain.AZAM dijumpai,di BANDAR BARU AMPANG,difahamkan itu sarang beliau.Dengan kemas aku menculik AZAM masuk kedalam kereta dan memandu ke kawasan sunyi.Soal siasat dijalankan dengan cara aman,namun AZAM menafikan,dia tidak terlibat,dia juga mengatakan langsung tidak mengenali JALIL dan tak pernah bersua muka.Dengan cerita tidak konsisten,dan merapu rapu,satu pelempang friendly hinggap di muka beliau,mengharapkan cerita yang jujur dan konsisten.Namun kami di hampakan lagi dengan cerita merapu,tak mengaku dan putar belit.Satu penumbuk hardcore berpangkah X hinggap di bawah rahang AZAM,ditambah pelempang-pelempang tak berapa friendly.Membuatkan beliau kemudian membuka cerita “sebenar”.Katanya,basikal aku,ada di satu lokasi,rumah temannya yang bernama AKMAL.beliau simpan di situ.Terus,malam itu juga kami ke lokasi kedua.Sebuah rumah family,di WATAN.Jam menunjukkan jam 12malam.

AKMAL & FAMILY

Salam diberi,si Bapa dan Ibu keluar,diiringi suspek ke 3,AKMAL.Setelah berbincang,Akmal menafikan penglibatan beliau.Kami tidak di benarkan masuk dalam rumah untuk melakukan siasatan tanpa bukti kukuh.Semua basikal milik AKMAL di bawa keluar,namun tidak satu pun milik aku.Cerita dari AKMAL yang innocent mukanya juga membuatkan kami percaya bahawa AKMAL juga bahan putar belit AZAM.Parents AZAM yang juga defensive membuatkan kami mati akal.Tak puas hati,aku bawa AZAM ke satu lorong sepi,aku bercakap secara sopan a-la abang memberi nasihat kepada adiknya,perang psikologi secara senyap aku jalankan,terinpirasi dari siri drama CSI – MIAMI.

AZAM kemudian,berubah muka,kelihatan insaf,membuka cerita “sebenar” buat kali ke dua.Katanya AKMAL terlibat,dia buat buat innocent,dan basikal aku ada di dalam rumah beliau,tersorok di satu sudut tanpa pengetahuan parents AKMAL.Katanya lagi JALIL lah mastermindnya,dia(AZAM) rela dipukul dari melihat rakannya dipukul,apatah lagi si JALIL bisu,AZAM simpati akan JALIL,jadi sanggup menjadi bahan cacian dan “lauk” janji dia tak mahu melihat JALIL dipukul.JALIL lah yang memotong kunci basikal dengan cutter,dia hanya mengikut tanpa tahu apa-apa,”Saya tak sanggup tengok dia kena pukul bang,dia dah lah bisu,saya tanak nanti orang tanak kawan ngan dia” – Ini cerita Azam,buat kali kedua.Aku lantas mendapatkan parents AKMAL yang masih membebel,terus aku potong bebelannya,”Makcik,skang dah malam,bagi saya masuk,basikal saya ada kat dalam,tersorok,AZAM yang sorok”.Parents AKMAL terdiam,tanpa melawan dan membebel terus membuka pagar.Diringkaskan,basikal dijumpai atas bumbung garaj,disorok kemas namun bercerai dari handlebar hinga ke crank.

Terkejut manusia,sekali lagi bebelan dan makian keluar terhambur dari mulut parents AKMAL kepada AKMAL dan juga AZAM.Namun atas janji aku pada AZAM,aku masih tak memberitahu parents AKMAL bahawa AKMAL terlibat.Jadi AKMAL dipandang suci oleh parents beliau,AKMAL hanya kambing hitam digunakan oleh AZAM.Berpuas hati,kami pulang,membawa basikal aku.namun JALIL masih bebas! Tak tersentuh,termaki.

DIKELENTONG LAGI

Esok hari (AHAD),CBIS memerangkap JALIL ke studio aku.Terperangkap,makian dan tempeleng friendly hinggap (masih aku simpati dengan sifat OKU beliau).AZAM pula di rumah,pada aku AZAM sudah mendapat balasan.TAPI!,JALIL dengan dibantu CBIS menerangkan,bahawa mastermind sebenar adalah AZAM,AZAM menggunakan sifat OKU JALIL untuk melakukan kriminal,advantage dari kebisuan JALIL,cerita AZAM kami telan bulat bulat.AZAM di culik kembali,di bawa terus ke Studio.Aku memberi peluang kali ke 3 untuk AZAM memberitahu perkara sebenar,namun dia masih putar belit,akhirnya setelah beberapa pelempang dan penumbuk askar hinggap lagi kemuka beliau.AZAM menceritakan lagi,buat kali ketiga,dan secara konsisten menceritakan perkara sebenar.Terbukti AZAM mastermind,dia memerangkap JALIL ke Ampang Point,sewaktu hujan lebat di hari Jumaat kejadian,jam 3 petang,menyuruh JALIL memotong kunci basikal,sedangkan si AZAM hanya menunggu di DE PALMA HOTEL,setelah JALIL memotong kunci,kedua biji basikal di bawa sendiri oleh JALIL dengan menolak ke DE PALMA,kemudian ditunggang mereka berdua pulang ke sarang,nyata AZAM benar benar menggunakan JALIL.Dek kerana letih,psikologi terganggu,masa dan wang yang terbuang,dan emosi yang tidak menentu AZAM mendapat balasan hukuman jalanan beliau,secara 18SG yang tak perlu diterangkan.Ganas,dan agak kejam untuk budak seperti beliau,aku simpati,tapi aku terlalu letih untuk membiarkan dia berlalu “begitu” sahaja.Namun,hukuman masih adil dan secukupnya bagi aku,tak mendatangkan kecacatan kekal.

PENUTUP

Ya,AKMAL memang terlibat dari awal,dan dia masih bebas!,malah menjadi kebangaan parentsnya.Ini tidak adil,bagi aku,sama buat sama sedap,sama sama sakit.JALIL dan AZAM dah mendapat yang secukupnya,manakala AKMAL happy dirumah,aku tak boleh biarkan.Parents AKMAL dicari,begitu juga dengan PARENTS JALIL.Setelah berbincang,parents AKMAL, dan AZAM sendiri akan membayar gantirugi basikal aku,membaikpulih kos memasang dan sebagainya.Sebenarnya aku boleh pasang sendiri,namun kerana aku tak mahu AKMAL terlepas begitu aja,dan parents AKMAL terus percaya akan ke-innocent-an AKMAL,aku terpaksa buat begini.Dari aku report polis? Kan?.Manakala parents Jalil pula diberitahu,dan Jalil akan membayar gantirugi kos baikpulih basikal kepunyaan JOKER.Kedua-dua parents memberi kerjasama mantap.

Parents AZAM? Ingat dukun? Semua tekaan dukun tepat,dalam masa 3 hari pencuri akan memulangkan basikal,basikal ditebus kembali hari kedua,AZAM sememangnya tinggi bahu aku,mempunyai masaalah keluarga,dan hidup independent,terpisah dari keluarga,masih bersekolah,SPM.Mukanya tidak lebam seperti yang dinyatakan DUKUN,satu ramalan tidak tepat,namun,ramalan itu tepat setelah habuan-habuan “street justice” yang diterima beliau,ternyata muka AZAM memang lebam.Kudos pada dukun,walaupun aku masih tak percaya pada dukun dan ramalan ramalan,tapi relitinya,semua tepat!

NOTA PENULIS

Personal aku memandang perkara ini serius,iya,serius kerana basikal satu satunya transport aku dan JOKER untuk kemana-mana,kerja,berjalan – kemana-mana sahaja.Joker paling terasa kerana kehilangan basikal beliau membuatkan beliau lumpuh untuk ke tempat kerja,lantas menggangu punca rezeki beliau.Rata-rata parents yang diberitahu,agak terkejut dan tidak percaya bahawa betapa basikal itu penting bagi kami berdua,tidak meyangka bahawa kehilangan basikal tersebut boleh mendatang efek besar dalam hidup kami berdua.Apatah lagi basikal aku di-reka cipta geometrinya oleh aku sendiri setelah mempelajari selok belok melukis geometri ,setelah beberapa kali mencuba selama enam bulan,di bina di luar negara,dan di pos ke sini,kosnya,memang mengarut dan tak masuk akal,namun minat dan kemahuan mengatasi segalanya.Maka basikal aku secara personal dan soulnya adalah sebahagian dari aku.

Tetang kecurian,jika anda fikir basikal anda dikunci dan berada di tempat yang selamat,fikir lagi.Letakkan minda anda dalam minda sang kriminal,kalau masih tidak boleh membayangkan,banyakkan menonton rancangan2 seperti CSI.Percayalah,manusia yang mencipta,manusia juga boleh memusnahkan (what mans create,mens can destroy),begitu halnya dengan kunci basikal.Terima kasih pada rakan-rakan sikal,grup grup sikal,dan rakan-rakan yang membantu sehingga tertebus kembali basikal yang dicuri…..solidariti, and STILL WE RIDE!.

nota kaki : Ketiga tiga kriminal AZAM,JALIL dan AKMAL adalah kawan.AKU dan JOKER langsung tidak mengenali mereka bertiga,ketiga tiga mereka mengakui mengenali aku dan JOKER dan juga grup berbasikal kami.Namun tidak mengetahui basikal-basikal yang dicuri adalah milik kami.Overall,mereka tidak tahu apa2 tentang fixed gear/track bike,terdesak memerlukan duit,manakala AKMAL memerlukan parts2 basikal untuk membina basikal baru.Kesimpulannya,sesiapa sahaja boleh jadi kriminal,dan pencuri basikal tak semestinya seorang pembasikal!

Sekian report,

No comments:

Post a Comment