Saturday, February 26, 2011

FUNGSI BENDALIR PEMOTONG

Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah :

1. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong.
2. Untuk menyejukkan benda kerja.
3. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi.
4. Membantu memecahkan tatal.
5. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong.
6. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal.



KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG

1. Menjimatkan kos gerudi. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan gerudi lambat haus dan tahan lama, dan dapat menjimatkan masa mengasah gerudi.

2. Meningkatkan produktiviti. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan, dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih pantas lagi.

3. Menjimatkan tenaga. Disebabkan geseran dapat dikurangkan, mesin-mesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan.
4. Meningkatkan mutu. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang tepat.

5. Menjimatkan tenaga buruh. Kerja-kerja menukar alat, dan mengasah mata alat dapat dikurangkan.


5.12 LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI


i. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap
kali selepas ianya digunakan.
ii. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat.
iii. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi.
iv.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekali-
kali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. Ini boleh menyebabkan
mata gerudi mudah patah.


5.13 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI

Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi.

1. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata keselamatan.
2. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh. Bersihkan minyak, bendalir pemotong dan tatal pada lantai.
3. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi.
4. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti.
5. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum memulakan kerja.
6. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan
7. matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan.
Alatan kimpalan gas

Alatan kimpalan gas terdiri daripada silinder oksigen, silinder asetilin, alatur, hos getah dan penyumpit gas (welding tourch). Dalam proses meloyang, penyambungan dilakukan dengan cara memanaskan logam dan rod penambah dengan alatan kimpalan gas. Perlu diingatkan, bahawa suhu daripada alatan kimpalan gas mestilah cukup untuk melebur rod penambah sahaja. Untuk tujuan ini, nyalaan yang paling sesuai ialah nyalaan pertengahan.


Jenis – jenis api kimpalan

Api kimpalan adalah hasil pembakaran dari gas pembakar (fuel gas) yang dibantu oleh oksigen. Dengan bantuan oksigen, karbon dalam gas pembakar akan terbakar sepenuhnya serta menghasilkan suhu yang maksima. Api kimpalan menyala dihujung nozzel.

Ada tiga jenis jenis api yang digunakan dalam kerja kimpalan gas iaitu :

i. (Api pertengahan)
ii. (Api pertengahan)
iii. (Api pengoksidaan)






  1. Api pertengahan


Sifat :
i. Kandungan gas asetilin melebihi gas oksigen.
ii. Mempunyai dua cone iaitu innercone dan outercone.
iii. Mengeluarkan bunyi yang lembut.

Kegunaannya :
i. Mengeraslan permukaan
ii. Digunakan dalam proses brazing
iii. Digunakan untuk mengimpal aluminium



  1. Api pertengahan


Sifat :
i. Kandungana gas asetilin sama dengan gas oksigen.
ii. Mempunyai satu cone yang bulat sedikit dihujungnya.
iii. Mengeluarkan bunyi yang lembut.

Kegunaannya :
i. Untuk mengimpal lebur keluli lembut.
ii. Untuk memotong keluli lembut.
iii. Untuk kegunaan ‘Am’.



3. Api pengoksidaan

Sifat :
i. Kandungan gas asetilin kurang dari gas oksigen.
ii. Mempunyai cone yang tajam.
iii. Mengeluarkan desiran yang sedikit kuat.

Kegunaannya :
i. Digunakan untuk brazing weld
ii. Boleh digunakan untuk memotong kepingan keluli yang nipis.

Hazard Kimpalan Bhgn 3

Terbakar

Kekerapan haba dan percikan api yang disebabkan oleh aktiviti kimpalan boleh menyebabkan kebakaran jika bahan mudah terbakar atau bahan bakar ada di dalam kawasan kimpalan dan berhampiran. Kimpalan dan potongan haruslah dilakukan di kawasan yang mana bebas dari bahan bakar (combustible material), termasuklah sampah, kayu, kertas, kain, plastik, bahan kimia dan minyak. Dan juga dari bahan mudah terbakar seperti, cecair ethylene dan sebatian alkohol lain. Percikan api ini boleh menjangkau kepada bahan-bahan ini dan mula terbakar. Kemudian berlakunya tindakbalas sekunder seperti letupan dan kemusnahan fizikal dan harta benda.

Melecur juga salah satu kesan dari kerja panas yang biasanya disebabkan oleh cairan logam atau spatter yang berterbangan.

Percikan api boleh menjangkau beberapa meter dan menyebabkan kebakaran. Kejadian ini biasa berlaku apabila aktiviti kimpalan dilakukan di kawasan tinggi yang mana percikan api berterbangan. Pengalaman telah menunjukkan zarah-zarah terbakar ini boleh terbang 20 meter melalui udara dan menyebabkan nyalaan api.

Acythlene dan oksigen biasanya digunakan dalam gas kimpalan. Selalunya percikan api ini, punca utama letupan kepada silinder gas

Kimpalan

Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri.

Kimpalan dilakukan dengan menggunakan pelbagai jenis kaedah. Antara kaedah kimpalan yang dikenalpasti adalah kimpalan dengan menggunakan nyalaan api, tenaga elektrik bervoltan tinggi, sinaran laser, tembakan elektron dan ultrabunyi.